Alhamdulillah. Semua perjalanan KCN F2 tahun ni telah berjalan dengan teratur tanpa adanya halangan-halangan. Sekali lagi ACT Selangor telah diberikan mandat yang penuh sebagai penganjur KCN kali ini yang berlangsung pada 20 - 21 Oktober 2012.
KCN F2 bermula dengan 141 cyclist dan 30 petugas kepanitiaan di Masjid Raja Alang, Beranang, Selangor. Seawal jam 5 pagi lagi, para cyclist dan panitia telah berkumpul di masjid ini. Sesudah selesai solat Subuh berjemaah, cyclist mempersiapkan diri dan basikal untuk berkayuh sejauh 95 km dari Beranang melalui Lenggeng, Kuala Kelawang dan mengakhiri dengan pendakian Genting Peras sejauh 12 km pendakian.
Tepat jam 730 pagi, kami dilepaskan oleh Penghulu Semenyih dan Penghulu Beranang. Ujian untuk para cyclist telah bermula apabila pendakian ujian di Bukit Lenggeng. Kelihatan di sini adanya cyclist yang agak tertinggal. Untuk pengetahuan, mana-mana cyclist yang tertinggal, perkhidmatan lori disediakan untuk mengangkut basikal.
Ujian selanjutnya adalah pendakian Bukit Tangga. ACT pernah mencatatkan sejarah pahit bilamana ramai yang gagal di bukit ini. Sekali lagi ACT telah diuji jiwa dan raga untuk mendaki bukit yang sama dan ada juga yang gagal.
Kami telah berhenti berehat di Masjid Qariah Amar Penghulu. Ketua kampung dan AJK masjid telah menyambut kami dengan mesra. Kami juga telah dihidangkan kuih-muih dan minuman yang sedap, terima kasih Ketua Kampung.
Perjalanan kami diteruskan ke Kongkoi dan ke Genting Peras. Di sinilah ujian sebenarnya telah menyambut kami dengan sambutan yang hebat. Pendakian demi pendakian sehinggakan ada kalangan kami yang frust apabila mendaki Genting Peras itu. Sehinggalah kami berjaya menuju puncak.
Kami sampai ke tempat penginapan kami di Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort tepat jam 3.15 petang dengan cyclist yang berjumlah 60 orang dari 141 orang yang bermula.
Sepanjang kami di penginapan ini, pelbagai acara telah disusun untuk para cyclist dan panitia seperti ACT Explore Race, berkayak, bergotong-royong menyembelih, melapah dan memasak lembu. Matlamat kami adalah dengan KCN F2 ini kami ingin semua ahli ACT bersatu untuk ikatan ukhwah yang lebih erat diantara sesama kita - TNS